Sunday, January 13, 2019

Personaliti Pekerjaan


Terdapat 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan ini berdasarkan daripada personaliti individu tersebut. Setiap jenis personality memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.Semua individu dapat dikategorikan kepada 6 jenis personaliti (RIASEC). Terdapat 6 jenis model persekitaran yang berhubung dengan 6 jenis personaliti ini (RIASEC). Individu mencari persekitaran yang membenarkan mereka melatih kemahiran, sikap, nilai dan jenis personaliti. Tingkah laku individu ditentukan melalui interaksi antara jenis personaliti dan ciri-ciri persekitaran.



1- PERSONALITI REALISTIC


Ciri-Ciri :-

Individu yang mempunyai personaliti ini selalunya mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Mereka suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Mereka juga lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.

Jenis Pekerjaan :-


  •  Jurutera  Awam
  • Jurutera Kereta Api
  • Operator Mesin
  • Mekanik Kapal Terban
  • Mekanik Kereta
  • Juruteknik Elektronik
  • Ahli Ilmu  Perkebunan
  • Tukang Kayu


2- PERSONALITI INVESTIGATIVE




Ciri-Ciri :-


Individu yang mempunyai personaliti ini suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mereka juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Jenis Pekerjaan :-

  • Ahli Kaji Cuaca
  • Ahli Biologi
  • Ahli Botani
  • Ahli Agronomi
  • Ahli Fizik
  • Ahli Kaji Bintang
  • Ahli Kimia
  • Ahli Kaji Bumi
  • Penyelidik Sains
  • Antropologis



3- PERSONALITI ARTISTIC



Ciri-Ciri :-

Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.  Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Jenis Pekerjaan :-

  •  Penyair
  • Pemimpin Orkestra
  •  Penyanyi Konsert
  • Penggubah Lagu
  • Pengarang
  • Pelukis Perdagangan
  • Pelukis Potret
  • Wartawan
  • Pelukis Kartun
  • Penghias Rumah
  •  Arkitek


4- PERSONALITI SOCIAL


Ciri-Ciri :-

Individu yang mempunyai personaliti ini suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Jenis Pekerjaan:-

  • Ahli Sosiologi
  • Guru
  • Pengetua Sekolah
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pengarah Kem Belia
  • Pengarah Agensi Kebajikan
  • Kaunselor Kerjaya
  • Kaunselor Peribadi


5- PERSONALITI ENTERPRISING



Ciri-Ciri :-

Individu yang mempunyai personaliti ini suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Jenis Pekerjaan :-
  •          Spekulator
  •          Aktuaris
  •          Eksekutif Pengiklanan
  •          Eksekutif Perniagaan
  •          Pengarah Syarikat
  •          Pengarah Publisiti
  •          Peguam
  •          Ahli Politik
  •          Pengurus Hotel
  •          Pengurus Bank
  •          Jurujual Insurans



6- PERSONALITI CONVENSIONAL



Ciri-Ciri :-

Individu yang mempunyai personaliti ini suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.

Jenis Pekerjaan :-

  •          Penyimpan Kira-Kira
  •           Guru Perdagangan
  •           Akauntan
  •           Jurutrengkas
  •           Kerani Bank
  •           Pakar Cukai
  •           Kerani Gaji
  •           Operator Komputer
  •           Penilai Harta
  •           Jurujual Insurans
  •           Kerani Insurans

Personaliti Gaya Bercinta

Gaya Bercinta

“Kehangatan cinta memampukan kamu untuk tetap berjuang bagi orang lain.” – Michael Jibrael 

Setiap manusia memerlukan cinta sebagai penguat semangat untuk menghadapi hidup ini.Namun adakah anda mengetahui gaya bercinta anda? Seperti mana manusia itu pelbagai, maka gaya bercintanya juga adalah pelbagai. Mari kita kenali gaya bercinta berikut yang merupakan taksiran daripada Inventori Gaya Bercinta :-


1- Gaya Bercinta Romantis (EROS)


Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


2- Gaya Bercinta Permainan (LUDUS)




Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana dengan adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebeliknya mereka suka memainkan perasaan atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka  sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka  membuathubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.



3- Gaya Bercinta Persahabatan (STORAGE)



Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.



4- Gaya  Bercinta Logik (PRAGMA)



Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.



5- Gaya Bercinta Kepunyaan (MANIA)



Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan keperluan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.




6- Gaya Bercinta Pengorbanan (AGAPE)



Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlau ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita atau pun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.





Apakah gaya bercinta anda? Anda boleh mendapatkan penerangan lanjut dengan berjumpa kaunselor anda. Namun, apapun gaya bercinta yang anda miliki, jangan sesekali anda lupa bahawa cinta yang paling agung adalah kepada Tuhan dan seterusnya keluarga anda sebelum anda memberi cinta kepada orang lain. Manfaatkan Cinta anda sebaiknya moga-moga dengan cinta, kita semua ke Syurga.

Warna Personaliti

Inventori Personaliti Warna Sidek


  • Inventori Personaliti Warna (IPW) merupakan pengubahsuaian berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti "True Colours".

  • Inventori ini telah dibina oleh Dr Sidek Mohd Noah dan Pelajar Sarjana Muda (Bimbingan Dan Kaunseling) Universiti Putra Malaysia Terengganu.

  • Draf asal Inventori ini mempunyai 200 item. Setiap jenis personaliti warna mewakili 50 item. Namun hanya 100 item yang benar-benar bermutu dan signifikan sahaja yang diambil kira.

  • Inventori ini mempunyai 4 skala yang mewakili personaliti iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Penafsiran Ujian Inventori Personaliti Warna


1. Personaliti Warna Emas





2. Personaliti Warna Hijau




3. Personaliti Warna Biru




4. Personaliti Warna Jingga




Keputusan daripada Inventori ini adalah tidak kekal dan akan berubah dari semasa ke semasa. Untuk penerangan yang lebih lanjut ayuh berjumpa kaunselor untuk menambil Ujian Personaliti Warna bagi lebih mengenali diri anda

Personaliti Pekerjaan

Terdapat 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan ini berdasarkan daripada personaliti individu te...